Ucapan Hari Guru 2013 -MENTERI PELAJARAN DAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA

Malaysia's new Deputy Prime Minister Muhyiddin Yassin listens during a news conference to announce new cabinet ministers in PutrajayaTEKS UCAPAN –
YAB TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN HJMOHD YASSIN
TIMBALAN PERDANA MENTERI
MERANGKAP MENTERI PELAJARAN DANPENGAJIAN TINGGI MALAYSIA
DI MAJLIS PELANCARAN SAMBUTAN HARIGURU KALI KE-42
PADA 16 MEI 2013; PUKUL 8.30 MALAM
BERTEMPAT DI STADIUM TERTUTUP NILAI,NEGERI SEMBILAN
TEMA: “GURU MALAYSIA: 1ASPIRASI,1AGENDA”

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia.

Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin HajiHassan,
Menteri Besar Negeri Sembilan;

Yang Berhormat Datuk Seri Idris Jusoh
Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi II

Yang Berhormat Datuk Marry Yap
Timbalan Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi I

Yang Berhormat P. Kamalanathan
Timbalan Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi II

Yang Berbahagia Dato’ Dr. Rosli bin Mohamed,
Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia;

Yang Berbahagia Tan Sri Abdul Ghafar bin Mahmud,
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia;

Yang Berbahagia Puan Hajah Kalsom binti Khalid, PengarahJabatan Pelajaran Negeri Sembilan
Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha dan Timbalan-TimbalanKetua Pengarah Pelajaran Malaysia,

Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia, Ketua-KetuaBahagian Kementerian Pelajaran Malaysia, Pengarah-Pengarah Pelajaran Negeri,

Tan Sri-Tan Sri, Dato’-Dato’, Datin-Datin, Dif-dif Jemputan,Tuan-tuan, Puan-puan dan para pendidik yang saya hormati sekalian.

PENDAHULUAN

1. Alhamdullillah, bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T. dengan berkat izin danlimpah kurnia-Nya, dapat kita berhimpun pada malam ini untuk sama-sama meraikanpara guru dan seluruh warga Kementerian Pelajaran Malaysia sempena sambutanHari Guru 2013. Terlebih dahulu, saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkanucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada YAB Dato’ Seri Utama HajiMohamad bin Haji Hassan, Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus ataskesudian menjadi tuan rumah dan memberikan kerjasama sepenuhnya bagi menjayakanprogram sambutan Hari Guru pada tahun ini.

2. Saya jugamengucapkan tahniah kepada YAB Menteri Besar Negeri Sembilan atas kejayaanmemimpin Barisan Nasional memenangi negeri ini dalam pilihanraya umum yang barulalu. Saya juga mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Datuk Seri IdrisJusoh, Yang Berhormat P Kamalanathan dan Yang Berhormat Mary Yap ataspelantikan sebagai Menteri II dan Timbalan-Timbalan Menteri di KementerianPelajaran dan Pengajian Tinggi. Saya berharap agar dengan pelantikan YangBerhormat sekalian di Kementerian kita ini akan dapat membantu sayamelaksanakan tugas yang lebih mencabar selaku Menteri yang bertanggungjawabterhadap bidang pendidikan dari peringkat pra-sekolah hingga ke tahap pengajiantinggi. InsyaAllah dengan kerjasama yang erat antara anggota pentadbiran yangbaru dilantik oleh YAB Perdana Menteri dan seluruh warga Kementerian Pelajarandan Pengajian Tinggi yang digabungkan, kita akan dapat bersama-sama melaksanakanamanah memacu kecemerlangan pendidikan di negara kita dengan sebaik mungkin.

3. Saya jugaingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YABPerdana Menteri yang telah sekali lagi memberikan kepercayaan kepada saya untukmemimpin Kementerian Pelajaran yang amat penting kepada perpaduan rakyat dankemajuan negara kita. Keputusan YAB Perdana Menteri untuk menggabungkanKementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi di bawah satu bumbungdengan pelantikan seorang Menteri Kedua adalah satu keputusan tepat yangmelambangkan keprihatihan kepimpinan beliau untuk melihat bidang pendidikan dinegara kita dapat diurus dengan lebih cekap dan menyumbang secara lebihberkesan kepada kemajuan negara. InsyaAllah, dengan penggabungan kedua-duaKementerian ini kita akan dapat melaksanakan dasar-dasar yang lebih seragam disemua peringkat pendidikan di samping berkongsi sumber dan kepakaran di sekolahdan institusi pengajian tinggi untuk melonjakkan lagi mutu pendidikan di negarakita. Usaha-usaha transformasi pendidikan akan dapat dilaksanakan dengan lebihefisyen apabila kepakaran daripada semua peringkat pendidikan dapat digembengsecara lebih menyeluruh untuk menghasilkan satu lonjakan berganda dalampendidikan negara.
Saudara dan saudari yang saya hormati sekalian,

4. Tarikh 16Mei merupakan hari yang begitu istimewa buat setiap insan bergelar guru. Hariini memberi peluang kepada kita semua untuk menyatakan penghargaan danpenghormatan terhadap jasa bakti guru kita di seluruh negara. Tidak kira samadaanda adalah guru yang bertugas di tadika, di sekolah, di kolej atau diuniversiti, anda semua adalah insan istimewa yang telah membimbing anak bangsasehingga mereka menjadi warganegara yang berjaya. Justeru, sempena tarikhkeramat ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggipenghargaan kepada semua guru tidak kira walau di mana anda berada di seluruhpelusuk negara.

5. SebagaiMenteri Pelajaran saya menyeru para guru yang dikasihi untuk terus berjihad danbertekad bersama-sama kerajaan Barisan Nasional yang telah sekali lagi diberimandat oleh rakyat untuk menerajui negara bagi menerus dan mempergiatkan usahamendidik generasi muda menjadi insan dan warganegara yang berguna. Kerajaansentiasa menghargai peranan para guru dalam membina modal insan, memeliharaperpaduan kaum dan berbakti kepada negara.

6. Tidakdapat kita nafikan, kesejahteraan dan kehidupan selesa yang kita nikmati padahari ini adalah hasil sumbangan dan berkat kegigihan serta pengorbanan gurudalam bidang pendidikan. Matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan untukmelahirkan insan seimbang dan holistik tidak akan tercapai tanpa peranan besaryang dimainkan oleh para guru. Segala dasar dan pelan pendidikan yang terbaiktidak dapat direalisasikan tanpa komitmen dan dedikasi para guru. Segalacabaran dan rintangan yang dihadapi oleh generasi masa kini memerlukanbimbingan para guru. Bahkan, tugas guru pada alaf ini menjadi semakin pentingkerana bidang pendidikan merupakan penentu kejayaan sesebuah negara. Cabaranbesar untuk mendidik murid agar menghargai nilai keinsanan, menghormatiperbezaan adat dan budaya serta memperkukuh perpaduan dan jati diri memerlukanguru yang bukan hanya mahir mengajar tetapi juga bijak membimbing.

7. Lebih-lebih lagi dalam sebuah negara majmuk seperti Malaysia, peranan gurumembina sebuah masyarakat yang harmonis dan bersatu padu menjadi semakinmencabar. Walaupun negara kita telah merdeka lebih 56 tahun dan masyarakat pelbagaikaum dapat hidup secara bersama dalam suasana yang aman dan harmoni, tugasuntuk memelihara perpaduan kaum adalah satu tanggungjawab yang perludilaksanakan secara berterusan. Kita tidak boleh lalai dan leka keranakecenderungan ke arah polarisasi kaum sentiasa wujud dan jika tidak dibendungia akan memberikan kesan yang amat buruk terhadap keharmonian masyarakat dankestabilan negara.

8. Oleh sebabitu, antara peranan utama pendidikan sepertimana yang termaktub dalam DasarPendidikan di negara kita ialah untuk membina sebuah masyarakat yang bersatupadu menerusi satu sistem pendidikan kebangsaan. Kewujudan sekolah-sekolahkebangsaan yang menggunakan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utamaadalah wahana penting untuk membolehkan murid pelbagai kaum mengikutipendidikan menggunakan kurikulum yang sama, bertutur dalam bahasa yang sama danbergaul sesama mereka dalam suasana yang penuh mesra dan akrab.

9. Dalamkonteks ini, pendidikan merupakan wahana penting pembinaan sebuah negara bangsayang bersatu padu. Sekolah-sekolah kebangsaan merupakan wahana pemersatu yangmempunyai peranan penting untuk menyatukan semua kaum di negara kita. Kitaperlu sentiasa memikirkan bagaimana institusi pendidikan di peringkat sekolahdan universiti dapat membina perpaduan yang lebih jitu dalam kalangan rakyat.Setiap institusi pendidikan di negara kita perlu mewujudkan suasana yangkondusif untuk membolehkan murid daripada pelbagai latar kaum dan agama bergaulsesama mereka dengan lebih mesra dan akrab. Kita perlu runtuhkan tembokprejudis yang tebal dengan menggalakkan interaksi yang harmonis antara muridpelbagai kaum. Pada masa yang sama, kita mesti meneruskan usaha memperkasasekolah kebangsaan sebagai sekolah perpaduan dan memartabatkan bahasakebangsaan sebagai bahasa ilmu dan bahasa perpaduan rakyat.

10. Menerusi sistempendidikan kebangsaan, kita mesti lahirkan warga negara yang patriotik danberakhlak mulia, yang memahami sejarah asal usul negara bangsa, yang mengormatiperlembagaan dan undang-undang negara, yang menjunjung sistem demokrasiberperlembagaan, dan menghayati semangat serta prinsip rukunegara. Pendidikandi negara kita bukanlah semata-mata alat untuk melahirkan modal insan yangberjaya memacu kemajuan negara, tetapi juga melahirkan insan mulia dalam sebuahmasyarakat majmuk yang menghayati sejarah, menghormati perbezaan agama, adatdan budaya serta menghargai nilai-nilai kemanusiaan sejagat.

11. Tugas penting initergalas di bahu para guru. Mudah-mudahan jasa dan bakti guru yang dicurahkanpada hari ini akan menentukan rupa wajah masa depan negara kita yang lebihbersatu-padu.

GURU MALAYSIA: 1ASPIRASI, 1AGENDA

Saudara dan saudari yang saya hormati sekalian,

12. Pada tahun ini, kitamemilih “GURU MALAYSIA: 1ASPIRASI, 1AGENDA” sebagai tema Hari Guru. Pada hematsaya, tema ini amat bertepatan dengan hasrat Kementerian untuk mentransformasisistem pendidikan negara menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)2013-2025 yang telah kita lancarkan. Tema ini merupakan cerminan harapan rakyatdalam melahirkan generasi masa hadapan yang lebih cemerlang di negara kita.Seluruh warga pendidik wajar memahami hasrat dan kehendak dalam PPPM denganberusaha memberikan pendidikan berkualiti menjangkau ke seluruh lapisankanak-kanak sesuai dengan prinsip pendidikan untuk semua tanpa membezakan kaum,status sosial, taraf ekonomi, dan agama.

13. Kementerian Pelajarantelah merangka pelan pembangunan yang komprehensif untuk mencapai matlamatPPPM. 100 inisiatif utama telah dibentuk bagi pelaksanaan PPPM 2013-2025 yangmerangkumkan dasar-dasar utama kerajaan termasuk Pelan Transformasi Kerajaan,Pelan Transformasi Ekonomi dan Rancangan Malaysia Ke-10. Saya juga amatbersyukur kerana sasaran enam inisiatif untuk 100 hari gelombang pertama PPPMtelah pun berjaya dicapai.

KEJAYAAN 100 HARI PERTAMA PPPM

14. Antaranya, 61,000orang guru Bahasa Inggeris telah diuji melalui Cambridge Placement Test (CPT)bagi mengenal pasti tahap profisiensi guru dalam bahasa Inggeris. Berdasarkananalisis keputusan CPT yang telah dilaksanakan, kohort pertama yang terdiridaripada 5,000 guru telah memulakan latihan bagi meningkatkan lagi tahapprofisiensi mereka. Seterusnya, program latihan Professional English LanguageTeaching (Pro-ELT) dilaksanakan secara berfasa melibatkan guru-guru BahasaInggeris yang berkenaan.

15. Kementerian berharapagar guru yang mengikuti program latihan secara tersusun dan sistematik akandapat melaksanakan proses pembelajaran dan pengajaran bahasa Inggeris disekolah dengan lebih berkesan. Seterusnya, sudah pasti murid akan berolehmanfaat dan mampu bersaing di persada antarabangsa apabila mereka lebih fasihserta yakin untuk berbahasa Inggeris.

16. Peningkatan kualitiguru juga dilaksanakan dengan mewujudkan 339 Rakan Peningkatan Sekolah(SiPartners+) dan 1,278 Pembimbing Pakar Pembangunan Sekolah (SISC+) yangditempatkan di Pejabat Pelajaran Daerah di seluruh negara menjelang 2014.SiPartners+ dan SISC+ diwujudkan untuk mengiktiraf kepakaran guru melaluiProgram Transformasi Pejabat Pelajaran Daerah. Pembimbing guru dan kepimpinansekolah yang dirintis di Kedah dan Sabah telah berjaya membantu meningkatkankesedaran guru kepada amalan pengajaran yang lebih efisyen di sampingpengurusan sekolah yang lebih cekap. Melalui transformasi PPD, saya yakin gurumendapat sokongan yang terbaik sehingga dapat meningkatkan kualiti sekolahdengan pengurangan sebanyak 50 peratus sekolah dalam band 6 dan 7 di negeriSabah dan Kedah. InsyaAllah, menjelang tahun 2015 kita akan berjaya mencapaisasaran sifar bagi kedua-dua band tersebut.

17. Dengan kejayaanmencapai matlamat inisiatif 100 hari pelaksanaan PPPM, saya suka mengingatkanagar kita semua janganlah lalai dan leka. Usaha yang berterusan perlu digiatkanbagi memastikan anak didik kita menguasai kemahiran, pengetahuan dan pengalamanpembelajaran yang berkualiti. Justeru, usaha bagi merealisasikan kesemua 19inisiatif PPPM perlu kita laksanakan sedaya upaya dengan penuh komitmen agarmenjelang 2015 segala perancangan strategik berjaya dilaksanakan sepenuhnya.Saya amat mengharapkan jasa baik dan bantuan guru-guru untuk berganding bahubersama-sama saya menjayakan inisiatif PPPM yang telah kita usahakan.

Saudara dan saudari yang saya hormati sekalian,

PERANAN GURU DALAM PPPM

18. Dalam melaksanakanhasrat PPPM, para guru berperanan untuk melonjakkan kualiti pendidikan negarake tahap bertaraf dunia. Untuk itu, para guru perlu memiliki satu wawasanunggul untuk mentransformasi pelbagai aspek pendidikan, berpemikiran arastinggi dan mampu berinovasi. Bagi menyahut hasrat ini, para guru perlu sentiasaberusaha untuk meningkatkan keberhasilan sekolah dan kemenjadian murid. Sayaakur, guru selama ini memang telah berakauntabiliti dalam meningkatkanpencapaian murid dan kejayaan sekolah. Namun, akauntabiliti terhadapkeberhasilan operasi sekolah masing-masing perlu terus dipertingkatkan keranadalam dunia yang kompetitif hari ini persaingan menjadi semakin sengit.Kebolehan kita untuk berjaya bergantung pada kelebihan daya saing kita yangditentukan oleh kemampuan minda dan keupayaan berfikir pada aras tinggi. Olehitu, kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) meliputi pemikiran kritikal,keupayaan berkomunikasi, kemampuan penerokaan persekitaran serta keyakinankendiri perlu sentiasa dijana menerusi pendekatan pengajaran dan pembelajaranyang holistik.

19. Bagi menilaikeberkesanan KBAT, sebanyak 30 peratus soalan dalam peperiksaan pusat sepertiUPSR, PMR, SPM dan STPM/STAM menjurus kepada elemen KBAT. Dalam kalangan muridjuga, KBAT dinilai melalui peperiksaan antarabangsa seperti TIMSS dan PISAsesuai dengan hasrat Kementerian untuk melahirkan murid yang mampu bersaing diperingkat global. Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang telah dilaksanakandalam tempoh dua tahun ini diharap dapat mengesan kelebihan atau kegagalanpenguasaan murid dari peringkat awal. Melalui PBS, saya yakin guru dapatmencungkil kemahiran berfikir aras tinggi murid dan menggalakkan perekaciptaandalam kalangan mereka.

20. Pendeta Za’aba pernahmenegaskan bahawa ilmu pengetahuan adalah asas terpenting yang menyelamatkanmanusia daripada belenggu kemunduran. Justeru, pendidikan dan penghayatan ilmuperlu sentiasa dimantapkan agar kita kekal relevan dalam persaingan menujunegara maju. Oleh sebab itu, guru-guru juga harus berani meneroka pelbagaicabang ilmu untuk mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran yang berkesan.Warga guru wajar mencontohi Cikgu Zainuddin Zakaria dari SMK Taman Bukit MaluriKepong yang telah memenangi tempat pertama dalam kategori “Educator’s Choice”semasa persidangan ‘Microsoft 8th Partners in Learning Asia and Pacific Forum’di New Zealand menerusi hasil penciptaan beliau yang menggunakan TeknologiMaklumat dan Komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran

LATIHAN DAN LALUAN KERJAYA GURU

21. Pemerkasaan gurumelalui latihan yang berterusan amat penting bagi menghasilkan tenaga kerjamahir. Modal insan minda kelas pertama dipertaruhkan untuk memacu pembangunannegara dalam merealisasikan Wawasan 2020. Oleh itu, amatlah wajar aspekpendidikan guru menjadi agenda utama kementerian. Pelan induk PembangunanProfesionalisme Berterusan (CPD) baharu dan pangkalan data pengesanan CPD bagimemantap dan mengukuhkan ilmu pengetahuan akan dilaksanakan. CPD dapatmembangunkan kapasiti dan mengukuhkan nilai profesional untuk meningkatkankualiti diri dan kompetensi dalam profesion seiring dengan aspirasi negara.Peningkatan keupayaan dan kompetensi guru termasuk pemimpin sekolah diberikeutamaan bagi menjamin keberhasilan pencapaian murid. Dalam usaha memastikanguru berpeluang untuk mendapatkan latihan yang cukup, Latihan BerasaskanSekolah perlu dirancang dan dilaksanakan di setiap sekolah.

22. Kerajaan amatberterima kasih atas usaha dan ketekunan guru meningkatkan kualiti pendidikan.Demi memartabatkan profesion keguruan, kerajaan telah menggariskan beberapainisiatif untuk meningkatkan taraf para guru. Melalui PPPM 2013-2025, pelanuntuk menaik taraf profesion keguruan akan dirangka supaya 420,000 guruberpeluang dinaikkan pangkat berdasarkan prestasi. Laluan kerjaya yang terbaikakan disediakan untuk guru. Namun guru-guru hendaklah berada di tahap prestasicemerlang dalam Penilaian Instrumen Bersepadu dan melengkapkan diri melalui CPDyang bersesuaian sebelum dipertimbang dan diperakukan untuk kenaikan pangkat.Walau bagaimanapun, untuk memastikan pendidikan negara terus berkualiti, guruberprestasi rendah akan melalui CPD yang sistematik dan berstruktur atau sesikaunseling mengikut keperluan. Bagi guru-guru yang masih lagi tidak menunjukkansebarang peningkatan atau perubahan walaupun telah melalui CPD berkenaan akanmelalui proses penempatan semula mengikut kesesuaian.

23. Guru-guru yang barudilantik atau novis juga perlu bersedia dengan pengetahuan dan kemahiran supayadapat mengharungi perubahan persekitaran yang dinamik. Guru perlu mengajarmurid untuk mempraktikkan ilmu dan mengaplikasikan serta mencetuskan ideabaharu. Bagi menghasilkan modal insan yang setanding dengan aras antarabangsasekurang-kurangnya pada tahap ‘kategori tiga teratas’ dalam sistem pendidikanterbaik dunia, maka profesion keguruan perlu ditransformasikan. Selaras denganPPPM 2013-2025, Institut Pendidikan Guru (IPG) perlu membawa perubahan melaluipenggunaan prinsip Strategi Lautan Biru dengan mencipta pasaran atau produkyang belum ada saingan, menjadikan saingan tidak relevan, fokus kepada bukanpelanggan sedia ada dan mencipta serta meneroka permintaan baharu. Denganperkataan lain, IPG perlu mengorak langkah memperluaskan pasaran latihanperguruan ke luar negara dan secara tidak langsung melebarkan kebolehpasarangraduan IPG sendiri. Sudah sampai masanya IPG menghasilkan kurikulum pendidikanguru bertaraf antarabangsa supaya latihan perguruan dapat diperluaskan denganmenawarkan latihan perguruan kepada negara dunia ketiga.

24. Sesungguhnya gurujuga akan menikmati persekitaran kerja yang lebih sesuai bagi memastikankualiti kerja meningkat. Sesungguhnya guru juga akan menikmati persekitarankerja yang lebih sesuai bagi memastikan kualiti kerja meningkat. Melalui PPPM2013-2025, guru akan didedahkan dengan budaya kerjasama dan kecemerlanganprofesional. Mereka perlu saling bekerjasama dalam menangani isu dan berkongsiamalan terbaik. Dengan itu, guru akan mempunyai keluwesan pedagogi yang lebihbesar di dalam bilik darjah bagi meningkatkan keberkesanan pembelajaran murid.Untuk memastikan guru lebih fokus terhadap pengajaran dan pembelajaran danmurid mendapat faedah semaksimum mungkin, maka kita sedang menjalankan kajianrintis di Melaka bagi menempatkan pembantu tadbir N17 di sekolah bagimenguruskan tugas perkeranian guru data, perpustakaan dan media. Guru datadan guru media akan melepaskan tugas berkenaan secara beransur-ansur untukmemberi fokus kepada pengajaran dan pembelajaran secara sepenuh masa. Dapatanawal kajian rintis menunjukkan hasil yang memberangsangkan. Sekiranya kajianrintis ini berjaya, maka insyaAllah kita akan memperluaskan khidmat sokonganpembantu tadbir N17 ini ke semua sekolah secara berperingkat-peringkat. Kitayakin, masa mengajar guru yang berkualiti adalah sangat berharga dalammeningkatkan kualiti pendidikan secara keseluruhannya.

Saudara dan saudari yang saya hormati sekalian,

TRANSFORMASI KURIKULUM

25. Kita sedar bahawapenghayatan nilai-nilai rohani adalah satu tonggak utama dalam pendidikan.Sementara kita ghairah mengejar kemajuan duniawi, pembentukan insan yang berimandan bersahsiah mulia jangan kita abaikan. Saya amat bersyukur dalam PPPM2013-2025, aspek kerohanian juga ditekankan bagi menjana modal insan berakhlakmulia. Pembentukan murid dengan nilai-nilai murni berasaskan ajaran agama amatpenting bagi memastikan negara memperoleh generasi pemimpin masa hadapan yangtelus, bertanggungjawab dan berintegriti. Justeru, Transformasi KurikulumPendidikan Islam digubal dengan mewujudkan Kurikulum Dini dan Kurikulum Tahfizsebagai Kurikulum Kebangsaan yang akan dilaksanakan secaraberperingkat-peringkat bermula dengan Tingkatan Enam Dini pada tahun 2014 danTingkatan 1 pada tahun 2015. Pendaftaran Sekolah Agama Negeri dan Sekolah AgamaRakyat sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan jelas membuktikan bahawa KPMkomited untuk mengangkat martabat pendidikan Islam di negara ini. Di sampingitu, KPM turut mengambil perhatian terhadap penerapan nilai-nilai murnimenerusi pelaksanaan kurikulum Pendidikan Moral.

26. Selain itu, kemahiranvokasional dan perekaciptaan dalam kalangan murid diperluaskan dalamPelan Transformasi Pendidikan Vokasional. Pelan tansformasi ini telahdilancarkan merangkumi lima strategi utama, lima inisiatif serta sebelastindakan bagi meningkatkan nilai pasaran kerja murid dan melonjakkan kualitipendidikan vokasional setaraf dengan negara maju. Sesungguhnya, transformasivokasional telah menunjukkan kejayaan apabila KPM menerima permohonanmemberangsangkan dengan 110,000 pemohon untuk mengikuti kursus di KolejVokasional dan Sekolah Menengah Teknik. Buat masa ini kita dapat menampung23,000 orang pelajar bagi program aliran vokasional, kemahiran dan teknikal.Usaha sedang dibuat untuk menyediakan lebih banyak tempat bagi memenuhipermintaan yang tinggi dalam aliran ini.

27. Bagi meningkatkankualiti pendidikan vokasional, jalinan kerjasama dengan Institut LatihanKemahiran Awam dan Swasta telah dilaksanakan. Jalinan kerjasama ini memantapkanlagi proses pembelajaran dan latihan pelajar sebelum menempuh alam pekerjaansebenar. Penglibatan dalam perkongsian ini akan membolehkan KPM memperolehteknologi serta kepakaran, selain mengelak berlakunya masalah ketidaksepadananantara latihan kemahiran yang disediakan dan bidang pekerjaan yang ditawarkanoleh pihak industri.

KEJAYAAN GURU DARI ASPEK LATIHAN DALAM BIDANG SUKAN

28. Pada hari ini, kitadapat membuktikan landasan yang dibina oleh KPM dari peringkat akar umbi telahmenghasilkan atlet murid yang cemerlang dan berpotensi tinggi bukan sahaja diperingkat kebangsaan malah di peringkat antarabangsa. Banyak kejayaan yangtelah diraih oleh atlet kita di temasya sukan di dalam dan luar negara. Sebagaicontoh, di Kejohanan Balapan dan Padang MSSM 2012, sebanyak 10 rekod barudicipta. Begitu juga dalam Kejohanan Renang MSSM 2013, sebanyak 12 rekod barudicipta. Perenang muda seperti Welson Sim dari Sekolah Sukan Bukit Jalil danYap Siew Hui dari SMK Khatolik Petaling Jaya bakal mewakili negara pada masaterdekat. Ini jelas menunjukkan peningkatan prestasi atlet kita bermula diperingkat kebangsaan. Di persada antarabangsa pula, atlet murid kita juga telahmenunjukkan prestasi memberangsangkan dalam Kejohanan ASEAN Schools Games 2012.Saya begitu bangga kerana Malaysia menjadi johan dalam sukan balapan danpadang.

29. Atlet kita jugacemerlang dalam kejohanan badminton Sekolah-Sekolah Asia apabila pasukan negaramuncul sebagai juara di rantau Asia. Di kejohanan bolasepak Sekolah-SekolahAsia Bawah 15 Tahun, kontinjen negara telah diumumkan sebagai naib johan. Disamping itu, terdapat juga atlet murid dari Sekolah Sukan Bukit Jalil mewakiliremaja negara dalam sukan skuasy seperti Ng Eain Yow yang telah menjuaraikejohanan Skuasy Remaja Terbuka British. Begitu juga dengan atlet murid sukanrenang dan menembak yang telah menyinar dalam Australian Youth Olympic Festivaldengan meraih pingat emas. Atlet murid perempuan dari Sekolah Sukan Bukit Jalilkita pula cemerlang dalam kejohanan bola jaring ‘Tri-Nations’ di Hong Kongdengan menjuarai kejohanan tersebut. Atlet murid ini bakal mengharumkan namanegara di persada antarabangsa. KPM sentiasa menghargai jasa guru dalammengharumkan nama sekolah, daerah, negeri serta negara dengan usaha gigih danmencungkil bakat-bakat baru dalam bidang sukan selama ini.

Saudara dan saudari yang saya hormati sekalian,

30. Seperti yang sayasebutkan di awal ucapan, kelestarian, kemajuan dan kemakmuran negara jugaterletak pada keupayaan guru untuk memupuk perpaduan dan keharmonian kaum yangberkekalan. Bagi meningkatkan lagi penghayatan murid pelbagai kaum terhadapnilai patriotisme, guru perlu melaksanakan pelbagai program yang menjurus kearah penghayatan prinsip-prinsip Rukun Negara. Usaha memperkenalkan danmempopularkan lagu-lagu patriotik dalam kalangan murid merupakan satu langkahyang baik untuk mewujudkan integrasi nasional di semua jenis sekolah. Disamping itu, sukalah saya mengingatkan guru-guru agar menjadi suri teladan dancontoh yang baik kepada murid dalam usaha menghayati nilai-nilai murni sertanilai patriotisme itu sendiri. Dalam konteks ini, guru juga harus sentiasamenyuntik rasa bersyukur dan berterima kasih dalam sanubari murid ataskemakmuran dan kestabilan negara yang sedang kita nikmati hingga ke hari ini.

31. Saya juga berasateruja untuk mengucapkan terima kasih atas pengorbanan dan keberanian guru-gurukita di Lahad Datu. Saya ucapkan terima kasih terutama kepada Cikgu Saabi bintiHasin dari SK Lok Buani Lahad datu yang menjadikan rumahnya sebagai sekolahsementara untuk anak-anak murid belajar dan membiayai pula perbelanjaan makanminum mereka. Selain itu, saya juga mengucapkan terima kasih kepada CikguCatherine Gonolon dari SK Fajar Harapan Lahad Datu yang sanggup berada dikawasan pertempuran dan mengajar murid-murid dari sekolah yang berlainan.Inilah antara contoh guru yang kita sanjung tinggi. Saya berharap tiada lagiguru yang mengeluarkan kenyataan berunsur provokasi yang boleh menjatuhkanmaruah dan kredibiliti guru yang sememangnya disanjung tinggi oleh masyarakatkerana sanggup berbakti tanpa mengira suasana, masa dan tempat. Tahniah dansyabas saya ucapkan kepada guru-guru yang sanggup berkorban dalam apa juakeadaan demi mendidik anak bangsa.

32. Setimpal dengan jasadan pengorbanan guru yang tidak terhingga, kerajaan menyediakan Anugerah TokohGuru pada setiap tahun bertujuan untuk mengenang jasa dan bakti guru yang telahbersara, namun tetapi masih aktif berbakti kepada negara. Pada tahun ini, kitamemperkenalkan Anugerah Ikon Guru bagi mengiktiraf jasa guru yang masihberkhidmat dan telah mengharumkan nama Malaysia di peringkat kebangsaan danantarabangsa. Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada semua bakal para penerimaanugerah.

33. Akhir kalam, sayamengucapkan Selamat Hari Guru dan terima kasih cikgu. Marilah kita bersama-samamenjayakan transformasi pendidikan bagi memenuhi hasrat dan aspirasi negarakita untuk menjadi sebuah negara maju. Seiring dengan tema Hari Guru tahun iniiaitu “1 Agenda, 1 Aspirasi”, saya mengajak warga guru sekalian untuk bekerjabersama-sama saya bagi memastikan pendidikan di negara kita menjadi antara yangterunggul dan terbaik di dunia. Kepada Allah kita berserah dan kepadaNya juakita memohon pertolongan.

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, saya dengan sukacitanyamerasmikan Majlis Pelancaran Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali Ke-42 tahun2013.

Wabillahi al-taufik walhidayah wassalamualaikumwarahmatullahi wabarakatuh.

PROSEDUR PEMBAYARAN BIL INTERIM ISP TM-SBB SELANGOR 2013

Sukacìta dimaklumkan bahawa  Bahagían Teknologi Pendidikan Negerl Selangor (BTPN Selangor) telah dìpertanggungjawabkan untuk membuat pembayaran bil Interim Internet Sekolah yang hanya bermuîa pada Januarl 2013 sehingga pemasangan 1BeStariNet selesaì.
 
Sehubungan itu, pihak kami memohon pihak sekolah membuat pengesahan bil Interim daripada ISP (TM-SBB). Jika terdapaî percanggahan, sila catatkan pada bil yang diterìma dan sertakan buktí (no tìket atau Surat berkaitan), Bil berkenaan perlu dikembalikan kepada  Pusat Kegiatan Guru (PKG) masìng-rnasíng untuk 
tindakan selanjutnya.
 

BILL INTERIM TM SCHOOL BROADBAND

BILL INTERIM TM SCHOOL BROADBAND

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia,

PROSEDUR PENERIMAAN BIL TM (SCHOOL BROADBAND)
Bil yang diterima oleh pihak sekolah hendaklah di isikan/di tandakan
di dalam kotak oren terlebih dahulu. Kemudian, tugas kami akan menandakan terima dalam kotak kelabu. Harap maklum.
Tarikh akhir penerimaan adalah sebelum atau pada 14hb April Ini kerana 15hb April Bill Mac akan dihantar ke sekolah. Harap tuan/puan ambil tindakan untuk memudahkan kami mengesan pergerakan bil interim sekolah

**Sila Klik pada Tajuk di atas untuk melihat data online terkini mengikut kod sekolah.

**Terutama sekali sekolah yang menjadi ahli PKG Rawang, dikehendaki menyiapkan pengisian data tersebut sebelum 14 hb April 2013.

Makluman Awal Bengkel Kaspersky (Cybersafe)

Klik untuk download surat—->pkg-sek (bengkel cybersafe)

Assalamualaikum w.b.t
Kepada Guru ICT/Penyelaras Bestari Zon PKG Rawang

Tuan,

BENGKEL KASPERSKY (CYBERSAFE)

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa bengkel tersebut akan diadakan seperti berikut :

Tarikh : 20 Julai 2012 ( Jumaat )
Tempat : PKG Rawang
d/a SMK Rawang
Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang

3. Sehubungan dengan itu tuan diwajibkan hadir. Surat panggilan yang ditandatangani oleh tuan PPD Gombak akan disusuli pada hari bengkel berlangsung.

Status Terkini i-NILAM Zon PKG Rawang

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Bersama ini diserta status pengisian i-Nilam sehingga 15 Mei 2012 jam 10 pagi untuk makluman dan perhatian tuan/puan. Diharapkan semua sekolah dapat memastikan pengisian data tersebut siap sebelum 20 Jun 2012 seperti surat Tuan Pengarah Pelajaran Selangor yang dipanjangkan kepada tuan/puan sebelum ini.
Di atas kerjasama semua Pengetua/GB/GPM/Guru Nilam kami merakamkan jutaan penghargaan dan ucapan  terima kasih.
Sekian.